20 December 2019

Bengkel Melukis Karikatur Di MSU Seremban

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Seperti biasalah Hollo-G ingin berkongsi sedikit sebanyak rentetan jemputan acara majlis yang telah dijalankan oleh kami Pasukan Komik Biz Trainer. Pada 18 Disember 2019 yang lalu kami telah berjaya menjalankan Bengkel Melukis Karikatur di Kolej PTPL (MSU Seremban).


     Seramai 15 orang pelajar dari bidang Fotografi dan Multimedia mengikuti bengkel yang di anjurkan oleh pihak pengurusan MSU Seremban. Kami diberi masa selama dua jam sahaja untuk sesi bimbingan secara langsung kepada setiap pelajar yang hadir dalam bengkel ini. Jadi kami perlu


     Kartunis Nana memulakan sesi pengajarannya dengan membentangkan persembahan slideshow dari Microsoft Powerpoint selama 30 minit. Antara intipati tajuk utama yang dibentangkan di dalam slideshow adalah definisi lukisan, kategori lukisan, asal sejarah karikatur, definisi kartun, definisi komik, definisi karikatur, maksud seni karikatur, kategori karikatur, perbezaan lukisan potret dan karikatur, gaya persembahan karikatur dan banyak lagi topik-topik hangat yang diceritakan.


     Kartunis Ki To sedang melakarkan lukisan asas bentuk wajah karikatur kepada para pelajar. Objek yang dipilih oleh beliau ialah pelakon Will Smith. Wajah Will Smith di lukis untuk sesi pertama, wajag pelakon ini sememangnya mudah untuk dikarikaturkan, sangat mudah untuk para pelajar menghadam bentuk yang telah di lebih-lebihkan. Teknik yang diajar oleh Kartunis Ki To sangat mudah dimana setiap pelajar mesti mengikuti garisan yang telah dibuat oleh beliau. Sesi kedua pula pelajar diminta untuk memilih sesiapa sahaja untuk dilukiskan karikatur.

     Sepuluh orang perserta bergambar pada akhir sesi bersama dua orang pensyarah Sir Zaidi dan Puan Zakiah Johar. Pasukan Trainer kami diberi peluang untuk bergambar bersama-sama peserta yang mengambil bahagian dalam Bengkel Melukis Karikatur kali ini. Pasukan kami telah berjaya memberi bimbingan secara peribadi seramai sepuluh orang yang mengambil bahagian dalam bengkel melukis.
     Kami meminta pelajar untuk menunjukkan hasil karya mereka yang telah dihasilkan. Tahniah buat semua pelajar MSU Seremban kerana telah berjaya menghadiri Bengkel yang dianjurkan oleh kami. Ribuan terima kasih buat Pensyarah MSU yang telah menjemput kami untuk menjadi speaker dan trainer untuk membuka mata mereka. Apapun, kami amat berbangga mereka telah berjaya mengenali salah satu jenis Lukisan iaitu Karikatur. Semoga anda semua mencapai impian masing-masing di dalam bidang yang telah diceburi. Sekian terima kasih.

21 October 2019

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian, seperti biasa Hollo-G akan berkongsi cerita tentang Jemputan Bengkel Demonstrasi Figura dan Sesi Perkongsian Ilmu Pengalaman dalam industri oleh dua orang ahli pasukan Trainer kami ini. Ini adalah kali kedua pasukan Trainer kami menjalankan aktiviti bengkel.
     Tuan Ki To diberi peluang terlebih dahulu memperkenalkan diri dan pengalaman selama 30minit pertama. Pihak kami diminta untuk memberi perkongsian pengalaman selama dalam industri Kartun dan Komik untuk adik-adik mengenali lebih lanjut bagaimana industri berjalan. Tuan Ki To menunjukkan cara bagaimana beliau memulakan kariernya bermula dari sejak selepas tamat sekolah ketika itu beliau berumur 18 tahun.
     Kemudian sesi 30 minit selepas itu, Puan Na Na memperkenalkan dirinya dan pengalamannya dalam Industri Animasi. Puan Na Na adalah bekas pelajar Degree in Grafik Designer di MSU Seksyen 13, Shah Alam. Untuk makluman pelajar yang mengambil bahagian di dalam Bengkel Demonstrasi Melukis Figura adalah seramai 41 pelajar menyertai bengkel ini. Mereka adalah dari pelajar diploma dan degree dari bidang Multimedia dan Graphic Design. Mereka diberi peluang dalam sesi soal dan jawab berkaitan industri.
       Selepas tamat sesi bengkel selama 1 jam untuk memperkenalkan diri, 2 jam sesi bimbingan melukis figura dan ini adalah sesi akhir selama 1 jam iaitu Demonstrasi melukis karikatur secara langsung untuk memberi pelajar merasai pengalaman bagaimana Industri Bergerak. Di dalam sesi ini pula kami mengajar mereka untuk tidak kekok berada di lapangan. Artis harus keluar untuk menikmati suasana baharu untuk merasai sensasi pengalaman luar biasa.
      Akhir sekali pasukan trainer kami diberi cendera hati dari pihak MSU Seksyen 13, Shah Alam. Pihak kami merakamkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Puan Mastiena Pensyarah MSU Shah Alam. Di harap para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah pasukan kami turunkan. Bagi pihak Komik Biz Studio, kami amat komited untuk membantu para pelapis agar dapat membuat yang terbaik dalam peperiksaan mereka kelak.
     Kesimpulannya, setiap pelajar haruslah berusaha mengambil inisiatif untuk terus maju. Carilah individu yang berjaya dan berada di dalam industri terutamanya di negara kita sendiri menjadi mentor anda. Agar mereka dapat menunjuk jalan kepada anda. Ramai karyawan yang otai boleh di cari untuk menunjuk jalan. Pelapis muda harus dekati mereka dengan cara pergi ke pesta buku, majlis-majlis yang mereka ada. Mereka sedia untuk beri tunjuk ajar secara berhadapan. Juga boleh mencari mereka secara talian melalui mengikuti kelas-kelas yang mereka buat secara online.