Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian, seperti biasa Hollo-G akan berkongsi cerita tentang Jemputan Bengkel Demonstrasi Figura dan Sesi Perkongsian Ilmu Pengalaman dalam industri oleh dua orang ahli pasukan Trainer kami ini. Ini adalah kali kedua pasukan Trainer kami menjalankan aktiviti bengkel.
Tuan Ki To diberi peluang terlebih dahulu memperkenalkan diri dan pengalaman selama 30minit pertama. Pihak kami diminta untuk memberi perkongsian pengalaman selama dalam industri Kartun dan Komik untuk adik-adik mengenali lebih lanjut bagaimana industri berjalan. Tuan Ki To menunjukkan cara bagaimana beliau memulakan kariernya bermula dari sejak selepas tamat sekolah ketika itu beliau berumur 18 tahun.
Kemudian sesi 30 minit selepas itu, Puan Na Na memperkenalkan dirinya dan pengalamannya dalam Industri Animasi. Puan Na Na adalah bekas pelajar Degree in Grafik Designer di MSU Seksyen 13, Shah Alam. Untuk makluman pelajar yang mengambil bahagian di dalam Bengkel Demonstrasi Melukis Figura adalah seramai 41 pelajar menyertai bengkel ini. Mereka adalah dari pelajar diploma dan degree dari bidang Multimedia dan Graphic Design. Mereka diberi peluang dalam sesi soal dan jawab berkaitan industri.
Selepas tamat sesi bengkel selama 1 jam untuk memperkenalkan diri, 2 jam sesi bimbingan melukis figura dan ini adalah sesi akhir selama 1 jam iaitu Demonstrasi melukis karikatur secara langsung untuk memberi pelajar merasai pengalaman bagaimana Industri Bergerak. Di dalam sesi ini pula kami mengajar mereka untuk tidak kekok berada di lapangan. Artis harus keluar untuk menikmati suasana baharu untuk merasai sensasi pengalaman luar biasa.Akhir sekali pasukan trainer kami diberi cendera hati dari pihak MSU Seksyen 13, Shah Alam. Pihak kami merakamkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Puan Mastiena Pensyarah MSU Shah Alam. Di harap para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah pasukan kami turunkan. Bagi pihak Komik Biz Studio, kami amat komited untuk membantu para pelapis agar dapat membuat yang terbaik dalam peperiksaan mereka kelak.
Kesimpulannya, setiap pelajar haruslah berusaha mengambil inisiatif untuk terus maju. Carilah individu yang berjaya dan berada di dalam industri terutamanya di negara kita sendiri menjadi mentor anda. Agar mereka dapat menunjuk jalan kepada anda. Ramai karyawan yang otai boleh di cari untuk menunjuk jalan. Pelapis muda harus dekati mereka dengan cara pergi ke pesta buku, majlis-majlis yang mereka ada. Mereka sedia untuk beri tunjuk ajar secara berhadapan. Juga boleh mencari mereka secara talian melalui mengikuti kelas-kelas yang mereka buat secara online.
0 Komentar Berani:
Post a Comment