27 April 2020

Kriteria Karya Yang Diterima Editor Majalah Komik Biz

     Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada pengkarya yang ingin menyertai untuk menjadi Pelukis Illustrasi Tamu, Kartunis Tamu atau Penulis Tamu untuk Majalah Komik Biz. Kami berbesar hati untuk membuka ruangan bagi pelukis dan penulis untuk menghantar hasil karya kepada Editor Komik Biz. Di bawah admin melampirkan beberapa perkara yang perlu anda ambil berat untuk melepasi saringan Editor :

Syarat umum bagi semua pengkarya :
  1. Mestilah warga negara Malaysia dan tiada batasan peringkat umur.
  2. Hasil karya mestilah berkualiti tinggi sebelum anda menghantar kepada kami.
  3. Mesti mempersembahkan hasil karya yang unik dan berbeza.
  4. Nama karekter yang perlu di lukis atau ditulis tidak boleh selain dari karekter yang telah di senaraikan link KAREKTER KB. (<---Klik untuk capai ke link)
  5. Karya yang anda buat akan menjadi hak milik Komik Biz Studio dan akan dibayar mengikut bayaran yang telah dipersetujui.
  6. Bayaran adalah langsam.
  7. Tidak boleh berkongsi hasil karya anda di mana-mana MEDSOS peribadi anda kecuali anda berkongsi melalui Halaman Facebook, atau website kami sahaja.
  8. Anda harus mengisi Borang Karyawan Tamu untuk menjadi sebahagian kami.
Syarat untuk Pelukis Illustrasi Tamu :
  1. Illustrator hendaklah melukis illustrasi Karekter KB dan Situasi Tema pada bulan yang telah di tetapkan oleh pihak Editor.
  2. Konsep lukisan mestilah dilukis secara Lakaran kepada Editor sebelum anda memulakan lukisan anda.
  3. Dibuka untuk Pelukis Illustrasi Cover hadapan Majalah Komik Biz, Pelukis Illustrasi untuk artikel Penulis Tamu.

Syarat untuk Kartunis Tamu :
  1. Mestilah di lukis di atas kertas bersaiz A4.
  2. Hasil Karya mestilah di Inking dengan baik.
  3. Lukisan sketching pensil akan terus di reject.
  4. Bagi yang tidak pandai menggunakan perisian komputer untuk mengisi Balloon Teks anda harus menghantar lukisan anda dan teks harus ditulis berasingan di dalam email.
  5. Jika anda mahir untuk menggunakan perisian komputer, anda bolehlah mengikut Kriteria Komik Panel Loose Part dan Kriteria Panel Komik Strip.
  6. Lukisan dan idea haruslah berkualiti sampai kepada maksud yang ingin di sisampaikan.
  7. Kami menerima Lukisan Hitam & Putih dan berwarna.
  8. Lukisan boleh menggunakan apa jua medium mewarna sama ada digital atau tradisional.
  9. Lukisan setiap paneling harus mempunyai latar belakang untuk disampaikan agar pembaca tahu dimanakah tempat karekter itu berada.
Syarat untuk Penulis Tamu :
  1. Artikel mesti di tulis di dalam software Microsoft Word atau Note Pad.
  2. Penulisan yang dihantar mestilah tiada kesalahan tatabahasa.
  3. Tidak boleh menulis singkatan contoh Saya = Sy, Kamu = Kmu, Semalam = Smlm dan seterusnya.
  4. Menggunakan tatabahasa tertinggi dalam penyampaian artikel berkenaan info,gadget,software,dan lain-lain yang anda ingin dikongsikan.
  5. Jika anda ingin membuat cerpen atau cerita. Harus menggunakan nama-nama dan mengikuti karekteristik yang telah kami sediakan kepada setiap karekter Komik Biz.
  6. Perkongsian Ilmu boleh ditulis berkaitan Gadget, Software, Pengalaman Bisnes, Promosi Bisnes, Review Produk dan Perkongsian Ilmiah yang sesuai untuk konsep Komik Biz.
  7. Penulis harus membahasakan diri sebagai Holo-G iaitu Karekter Utama kami.
Tulis di hadapan tajuk menggunakan semua HURUF BESAR dan hantar hasil Lukisan dan Penulisan ke admin@komik.biz.

Tarikh Deathline penghantaran karya adalah seperti berikut :

Terbitan 1 Mac 2020 (Ahad)
Edisi : Khas
Deathline : 15 Feb 2020 (Sabtu)

Terbitan 1 Jun 2020 (Isnin)
Edisi : Puasa dan Raya
Deathline : 15 Mei 2020 (Jumaat)

Terbitan 1 September 2020 (Selasa)
Edisi : Merdeka
Deathline : 15 Ogos 2020 (Sabtu)

Terbitan 1 Disember 2020 (Selasa)
Edisi : Tahun Baru
Deathline : 15 November 2020 (Ahad)

Syarat-syarat Menjadi Penulis dan Pelukis Komik Biz

Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada pengkarya yang ingin menyertai untuk menghantar hasil karya kepada Editor Komik Biz. Di bawah admin melampirkan beberapa perkara :

1. Bagaimana mahu menghantar karya dengan kami?
-Emailkan hasil karya anda pada alamat komikbizhq@gmail.com .

2. Apakah kriteria karya yang kami inginkan daripada karyawan?
- Karya yang dihantar mestilah :
  • Hitam & putih atau berwarna.
  • Saiz kertas A4.
  • Dilukis secara tradisional atau digital.
  • Mesti melukis dan bercerita menggunakan watak yang sudah di sediakan oleh Pihak Penerbitan.
  • Jalan cerita mestilah realistik dan pernah terjadi di hadapan anda.
  • Dibenarkan melebih-lebihkan lawak tanpa merosakkan identiti dan pakaian karekter.
  • Tiada cerita yang tidak logik di akal seperti karekter boleh terbang seperti Sun Goku atau mempunyai kuasa tangan getah seperti One Piece.
  • Kami menitik beratkan kedetailan karya dan karya yang dihantar mesti mempunyai latar belakang suasana di Malaysia.
  • Kami menerima apa jua stroke lukisan tidak kira Kartun Malaysia, Manga Jepun, Kartun Amerika dan lain-lain stroke.
  • Karya anda akan dibayar secara "Langsam" jika anda mengikuti program "Jadilah Karyawan Komik Biz."
  • Kadar karya ditolak a.k.a reject adalah tinggi jika tidak kena dengan kehendak Editor kami.
  • Konsep cerita dan lawak adalah bebas dan mestilah ada unsur-unsur bisnes,wang,gaya hidup, pekerjaan,dan rutin harian yang bermoral yang di lakukan kita sendiri.
3. Bagaimana mahu jadi sebahagian daripada Team Karyawan Komik Biz?
Ada 3 program untuk jadi sebahagian daripada kami iaitu :
  • Program Kerjaya Komik Biz
  • Program Karyawan Bebas Komik Biz
  • Program Karyawan Bebas Bakat Baru
  • Program Praktikal Komik Biz
4. Adakah hasil karya kami boleh di SHARE di akaun sosial kami?
-Tidak boleh, melainkan ketik butang SHARE yang ada pada akaun Facebook Page Komik Biz, public view dan SHARE di wall anda dengan cara ini sahaja yang kami izinkan.

5. Adakah karya kami di bayar?
Karya anda akan dibayar secara "LAMSAM" untuk sekeping.

6. Berapa harga sekeping karya?
Harga mengikut jenis warna atau hitam dan putih, dan kami akan memberitahu anda melalui email. Sebarang pertanyaan bolehlah kemukakan di dalam email admin@komikbiz.com

7. Apakah Penulis boleh turut serta dalam menghantar hasil karya penulisan?
Ya, boleh dan sangat di alu-alukan sumbangan artikel tips keewangan,
gaya hidup, dan pengalaman berbisnes. Pastikan teks penulisan anda penuh, tiada singkatan akronim seperti teks mesej dan menggunakan ayat-ayat yang santai bagi penulisan pengalaman. Manakala untuk tips, pastikan ianya tips yang asli daripada pengalaman anda sendiri.

8.Jika saya ingin kerja atau praktikal dengan Komik Biz. Apakah yang saya perlu sediakan sebelum sesi temuduga?
-Cover Letter (Surat Rasmi)
-Resume Lengkap
-Portfolio
Dikepilkan bersama-sama file di dalam email dan jika diterima. Bawa portfolio selebihnya berserta Cover Letter dan Resume.

GIMP Software Sesuai Suntingan Grafik

GIMP Software Sesuai Suntingan Grafik
     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga net. Hari ini Holo-G ingin berkongsi maklumat yang sangat menarik khas buat pembaca yang setia. Perkongsian kali ini adalah berkaitan Software Komputer Percuma bagi Pereka Grafik, Kaleris Digital, dan Fotografer. Yang penting software ini adalah percuma untuk digunakan.
     GIMP sesuai untuk pengguna  GNU/Linux | OS X | Microsoft Windows | Semua jenis. Ini adalah software GIMP versi 2.10.18 (2020-02-23). Untuk maklumat, Gimp ini mirip sekali dengan software Adobe Photoshop. Malah file juga mampu di save as PSD dan PDF file. Hanya perlu meletakkan perkataan Tajuk.Psd atau Tajuk.Pdf.
     Paparan GIMP versi 2.10.18 (2020-02-23) yang terkini adalah update yang terkini. Fungsi software GIMP ini sesuai bagi pengguna yang pernah menggunakan Adobe Photoshop. GIMP adalah software percuma bagi Pengguna yang tidak mampu untuk membeli software Adobe Photoshop. Jika anda mahu mencuba kali yang pertama, silalah klik butang  download  di bawah untuk ke capaian download GIMP.

Kriteria Panel Komik Loose Part

Kriteria Panel Komik Loose Part untuk Komik Biz

      Assalamualaikum, salam sejahtera. Hari ini Holo-G ingin berkongsi Kriteria Panel Komik Loose Part yang kami akan terima jika anda ingin menghantar karya kepada kami ke Slot Kosong untuk Majalah Komik Biz. Ini adalah syarat-syarat untuk anda melepasi penilaian oleh Editor Komik Biz, jika anda berminat untuk menghantar karya anda kepada Editor Majalah Komik Biz.

(5 buah panel di dalam satu muka)

     Loose Parts (Semuka) adalah lukisan komik di atas sekeping kertas A4 / A3. Mempunyai bilangan panel minimum adalah 5 buah panel dan maksimum adalah 8 buah panel. Contoh-contoh panel yang di sediakan adalah jenis Basic Page Layout (Susun Atur Halaman Asas).

(6 buah panel di dalam satu muka)

     Di dalam penyampaian sebuah cerita yang berkualiti, kami memilih untuk mengehadkan bilangan maksima panel kepada 8 buah panel sahaja. Bergantung kepada gaya penyampaian Punch Line Lawak yang ingin dipersembahkan oleh pengkarya.

(7 buah panel di dalam satu muka)

      Ini adalah garis panduan khas bagi Kartunis baharu. Tips-tips ini adalah  berdasarkan garis panduan dari Pelukis-pelukis Antarabangsa. Bagi memudahkan kartunis generasi baharu untuk berlajar dan memahami apa itu seni komik dengan lebih pantas. Kami berbesar hati berkongsi pengalaman di dalam Industri Kartun yang sebenar.

(8 buah panel di dalam satu muka)

     Kesimpulannya, rata-rata pelapis pelukis baharu masih kurang ilmu perkartunan di dalam industri kartun sebenar. Ramai yang melukis kartun  atau manga hanya mengikut rasa apa yang dilihat oleh pelukis-pelukis professional dari luar negara lakukan. Bahkan pelapis-pelapis baharu seakan syok sendiri dalam melakukan persembahan komik mereka. Perkongsian ini adalah untuk menyebarkan dan menyatukan ilmu perkomikan untuk industri kartun di Malaysia agar pelapis-pelapis baharu ini berilmu dalam menyampaikan cerita menggunakan medium komik.

26 April 2020

Platform Penerbitan Komik

Platform Penerbitan Komik

     Assalamualaikum, salam sejahtera, hari ini Holo-G ingin berkongsi ilmu tentang Medium Penerbitan Komik yang boleh digunakan kepada semua pembaca khasnya bagi para karyawan Komik Artis dan Kartunis. Ada 3 jenis medium yang Holo-G akan kongsikan kepada anda iaitu penerbitan komik buku komik, E-book, dan Webtoon. Jom ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat kepada semua.

1. Buku Komik (Fizikal)
     Buku Komik merupakan jenis komik yang dikemas, telah disunting oleh editor, disusun oleh pereka grafik dan dicetak dalam bentuk buku fizikal atau di terbitkan menjadi buku. Biasanya dalam satu buku menampilkan sebuah cerita yang lengkap. Buku komik biasanya diterbit secara mingguan atau bulanan. Komik-komik tersebut ada yang memang menampilkan cerita yang berkelanjutan, tetapi ada juga yang diterbitkan sekali sahaja. Antara medium penerbitan secara fizikal adalah seperti, Akhbar Mingguan, Majalah Bulanan, dan Komik terbitan mengikut isu.

     Dijual secara fizikal di gedung-gedung jualan buku seperti MPH, Popular, kedai-kedai buku terpilih,stesen minyak, 7-Eleven dan lain-lain kedai. Selalunya pengkarya yang memilih untuk menghantar kepada Editor Majalah atau Buku tertentu untuk diterbitkan ke dalam slot kosong yang disediakan oleh pihak Penerbit. Bagi pengkarya yang mementingkan kualiti, RARE, handmade, DIY, pengkarya boleh memilih untuk membuat sendiri sama ada mencari kedai cetak atau semua dalam satu iaitu cetak,sunting,grafik, terbit dan jual sendiri melalui media sosial atau di pesta-pesta buku.

2. E-Book (Digital)
     E-Book atau dalam bahasa Melayunya adalah E-Buku merupakan sejenis buku digital yang disusun secara kemas dan telah disunting oleh Pasukan Kreatif. E-buku selalunya disusun dalam bentuk FILE.PDF . Jualan E-Buku selalunya di jual secara peribadi oleh pengkarya itu sendiri. Medium ini adalah sesuai bagi pembaca yang suka menyimpan dan mengumpul bahan bacaan di dalam komputer atau telefon pintar.

     Pengkarya akan mendapat 100% pulangan wang daripada hasil jualan mereka. Namun masih ada kelemahan jika pengkarya tidak mempunyai ilmu marketing yang tinggi untuk hasilkan jualan. Jualan sukar untuk di hasilkan. E-Buku memerlukan seorang pengkarya memiliki multi-skill. Contohnya pengkarya haruslah memiliki ilmu-ilmu seperti berikut :

  1. Melukis
  2. Menulis
  3. Grafik
  4. Mewarna 
  5. Menyunting
  6. Mencetak
  7. Marketing
  8. Menjual
     Namun ada juga pengkarya yang non-multi-skill, tetapi mereka memberi bahagian kerja kepada orang-orang berkemahiran dan membayar mereka. Selain itu, pengkarya boleh mencipta satu kumpulan dan di bawahnya memiliki kemahiran masing-masing dan menjualnya bersama-sama lalu menerima wang. Hasilnya di bahagi mengikut kadar peratus yang ditetapkan oleh pengkarya.


3. WebToon (Online)
     Webtoon adalah sebuah platform online yang terbaik bagi komikus dan kartunis semua. Webtoon sangat efektif kerana di zaman kini ramai pembaca sudah beralih arah ke arah online. Mesti kita agak pelik bagaimanakah organisasi ini membuat duit? Platform ini membuat duit melalui iklan-iklan yang disediakan di setiap page mereka mengikut berapa bilangan orang berkunjung di dalam blog. Bagi mereka yang ingin mula mencebur diri, haruslah mempunyai akaun blogger.com, wix.com, www.wordpress.com dan lain-lain akaun.

     Sebagai contoh lebih dekat, platform kami boleh dikategorikan contoh Webtoon. Tetapi lain penerbit, lain cara penyampaiannya. Konsep kami adalah Web-Komik Interaktif dan Bisnes. Webtoon juga memilik kelemahannya yang tersendiri iaitu, karya mudah di plagiat atau di simpan dalam bentuk file JPEG di dalam komputer atau telefon pintar.

    Kesimpulannya, medium-medium penerbitan komik ini juga memiliki kelemahan-masing-masing. Namun bergantung kepada pengkarya untuk memilih cara tersendiri dalam menyampaikan cerita mereka. Pengkarya harus keluar dari kepompong demi menjadi seorang artist yang lebih berinformasi dan tahu menjana pendapatan menggunakan medium komik.

24 April 2020

Jenis-Jenis Persembahan Komik

Jenis-Jenis Persembahan Komik

[Imej belum dibekalkan]

1. Komik Editorial (Editorial Comic)
     Kartun editorial atau juga dikenali sebagai kartun politik merupakan ilustrasi yang mengandungi kritikan yang biasanya mendalami peristiwa atau tokoh-tokoh semasa. Seniman yang melukis gambar-gambar sebegini digelar kartunis editorial. Kartun editorial biasanya menggabungkan kemahiran seni, hiperbola dan satira untuk menyoal pihak berkuasa serta menarik perhatian kepada rasuah dan lain-lain gejala sosial.

Klik di sini untuk melihat contoh komik editorial :
[Imej belum dibekalkan]

2. Strip Komik (Comic Strip)
Strip Komik adalah komik yang terdiri daripada 3 atau 4 panel illustrasi sahaja. Strip komik adalah rangkaian illustrasi atau gambar yang berisi cerita. Strip komik ditulis dan digambar oleh seorang kartunis, dan diterbitkan secara teratur (biasanya harian atau mingguan) di dalam akhbar mahupun di Akaun Web Internet. Di Malaysia, strip komik juga diterbitkan di dalam majalah-majalah komik, akhbar dan media sosial.

Klik di sini untuk melihat contoh strip komik :
[Imej belum dibekalkan]

3. Komik Semuka (Loose Part Cartoon)
Komik Semuka adalah sejenis karya lawak atau sindiran sinis yang dipersembahkan dalam satu muka surat bersaiz A4 atau A3 sahaja.Terdiri daripada 4 atau 5 panel minima, manakala maksima panel adalah sebanyak 6 hingga 8 sahaja. Tetapi tidak digalakkan untuk kita penuhkan sebanyak 6 hingga 8 panel kerana akan membuatkan pembaca komik hilang rasa untuk membaca.

Klik di sini untuk melihat contoh Buku Komik :

23 April 2020

Tentang Komik

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Artikel kali ini penulis ingin kongsikan kepada anda tentang makna, definisi, sejarah, ciri-ciri komik, jenis-jenis komik, genre komik, dan jenis genre komik dari hasil pembacaan penulis. Artikel ini telah disatukan untuk kita lebih memahami apa itu sebenarnya KOMIK.

     Artikel ini ditulis demi untuk satukan kefahaman kepada semua artist-artist baharu dan lama. Semoga artikel ini menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS, pengkaji sejarah dan juga kepada individu yang berminat dalam industri seni yang ini. Jom ikuti artikel ini dari awal hingga akhir.


Makna Komik


-Komik adalah sejenis seni visual yang menggabungkan lukisan dan tulisan untuk menyampaikan cerita.

Definisi Komik

     Komik ialah satu medium grafik dimana lukisan-lukisan disusun dalam petak. Petak-petak itu menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan juga mengandungi belon-belon yang berisi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah menjadi hidup.

Sejarah Komik

     Sejarah komik moden bermula di Barat. Sejarah mulanya komik hanya disiarkan di akhbar-akbar harian dengan gaya lukisan kartun dimana ia mengandungi unsur-unsur humor dan juga kritikan sinis. Perkataan komik yang berasal daripada perkataan 'comic' dalam bahasa Inggeris itu sendiri bermaksud 'bersifat lucu'.

     Namun kemudian komik-komik berunsur aksi mula diterbitkan. Antara komik-komik aksi yang terawal adalah Superman, Batman dan Captain America. Kewujudan komik telah berkembang ke Asia pada Perang Dunia ke-2. Jepun yang turut terpengaruh dengan budaya ini telah berjaya mencipta manga yang merupakan identiti gaya lukisan Jepun.

Ketahui lebih lanjut tentang komik :


Ciri-Ciri Komik

Ciri-ciri Komik

     Sebagaimana halnya dengan buku bacaan fiksyen dan non-fiksyen, komik mempunyai beberapa ciri sehingga dapat dibezakan dengan karya sastera yang lain. Antara ciri-ciri komik adalah seperti berikut :

1. Cerita disampaikan melalui illustrasi dan teks.
Hal ini tentu berbeza dengan karya fiksi dan nonfiksi yang lain yang menyampaikan cerita dengan teks penulisan.

2. Bersifat Alamiah
Komik dapat membuat pembaca mengalami secara emosi ketika membaca komik. Pembaca seperti ikut berperanan dan terlibat dalam komik dan menjadi watak utamanya. Pembaca akan merasai sensasi seperti berada di dunia komik tersebut.

3. Bahasa Pertuturan
Komik tidak pernah menggunakan bahasa yang sukar untuk di fahami, bahkan komik tidaklah terlalu berat cara penyampaian penulisannya. Dalam komik, bahasa yang digunakan biasanya adalah bahasa baku, bahasa daerah, bahasa negara itu sendiri yang dibicara hari-hari.

4. Bersifat Adiwira
Isi kandungan cerita yang terdapat di dalam sebuah komik akan membuat pembacanya mempunyai rasa seperti mereka adalah adiwira di dalam cerita tersebut.

5. Pengenalan Watak
Watak dalam komik biasanya menggunakan rujukan karekteristik manusia sehingga watak haiwan atau raksasa juga di suntik perwatakan manusia sehingga pembaca lebih mudah mengerti karakteristik watak-watak yang terlibat dalam penceritaan komik tersebut.

6. Menyajikan Humor
Humor yang tersaji dalam komik akan memudahkan pembaca memahami penceritaan komik secara kekal. Karena humor yang dipertontonkan tersebut sering terjadi dalam masyarakat.

Rujukan Link :
-https://pelayananpublik.id/2020/02/02/apa-itu-komik-pengertian-ciri-dan-jenisnya/