26 April 2020

Platform Penerbitan Komik

Platform Penerbitan Komik

     Assalamualaikum, salam sejahtera, hari ini Holo-G ingin berkongsi ilmu tentang Medium Penerbitan Komik yang boleh digunakan kepada semua pembaca khasnya bagi para karyawan Komik Artis dan Kartunis. Ada 3 jenis medium yang Holo-G akan kongsikan kepada anda iaitu penerbitan komik buku komik, E-book, dan Webtoon. Jom ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat kepada semua.

1. Buku Komik (Fizikal)
     Buku Komik merupakan jenis komik yang dikemas, telah disunting oleh editor, disusun oleh pereka grafik dan dicetak dalam bentuk buku fizikal atau di terbitkan menjadi buku. Biasanya dalam satu buku menampilkan sebuah cerita yang lengkap. Buku komik biasanya diterbit secara mingguan atau bulanan. Komik-komik tersebut ada yang memang menampilkan cerita yang berkelanjutan, tetapi ada juga yang diterbitkan sekali sahaja. Antara medium penerbitan secara fizikal adalah seperti, Akhbar Mingguan, Majalah Bulanan, dan Komik terbitan mengikut isu.

     Dijual secara fizikal di gedung-gedung jualan buku seperti MPH, Popular, kedai-kedai buku terpilih,stesen minyak, 7-Eleven dan lain-lain kedai. Selalunya pengkarya yang memilih untuk menghantar kepada Editor Majalah atau Buku tertentu untuk diterbitkan ke dalam slot kosong yang disediakan oleh pihak Penerbit. Bagi pengkarya yang mementingkan kualiti, RARE, handmade, DIY, pengkarya boleh memilih untuk membuat sendiri sama ada mencari kedai cetak atau semua dalam satu iaitu cetak,sunting,grafik, terbit dan jual sendiri melalui media sosial atau di pesta-pesta buku.

2. E-Book (Digital)
     E-Book atau dalam bahasa Melayunya adalah E-Buku merupakan sejenis buku digital yang disusun secara kemas dan telah disunting oleh Pasukan Kreatif. E-buku selalunya disusun dalam bentuk FILE.PDF . Jualan E-Buku selalunya di jual secara peribadi oleh pengkarya itu sendiri. Medium ini adalah sesuai bagi pembaca yang suka menyimpan dan mengumpul bahan bacaan di dalam komputer atau telefon pintar.

     Pengkarya akan mendapat 100% pulangan wang daripada hasil jualan mereka. Namun masih ada kelemahan jika pengkarya tidak mempunyai ilmu marketing yang tinggi untuk hasilkan jualan. Jualan sukar untuk di hasilkan. E-Buku memerlukan seorang pengkarya memiliki multi-skill. Contohnya pengkarya haruslah memiliki ilmu-ilmu seperti berikut :

  1. Melukis
  2. Menulis
  3. Grafik
  4. Mewarna 
  5. Menyunting
  6. Mencetak
  7. Marketing
  8. Menjual
     Namun ada juga pengkarya yang non-multi-skill, tetapi mereka memberi bahagian kerja kepada orang-orang berkemahiran dan membayar mereka. Selain itu, pengkarya boleh mencipta satu kumpulan dan di bawahnya memiliki kemahiran masing-masing dan menjualnya bersama-sama lalu menerima wang. Hasilnya di bahagi mengikut kadar peratus yang ditetapkan oleh pengkarya.


3. WebToon (Online)
     Webtoon adalah sebuah platform online yang terbaik bagi komikus dan kartunis semua. Webtoon sangat efektif kerana di zaman kini ramai pembaca sudah beralih arah ke arah online. Mesti kita agak pelik bagaimanakah organisasi ini membuat duit? Platform ini membuat duit melalui iklan-iklan yang disediakan di setiap page mereka mengikut berapa bilangan orang berkunjung di dalam blog. Bagi mereka yang ingin mula mencebur diri, haruslah mempunyai akaun blogger.com, wix.com, www.wordpress.com dan lain-lain akaun.

     Sebagai contoh lebih dekat, platform kami boleh dikategorikan contoh Webtoon. Tetapi lain penerbit, lain cara penyampaiannya. Konsep kami adalah Web-Komik Interaktif dan Bisnes. Webtoon juga memilik kelemahannya yang tersendiri iaitu, karya mudah di plagiat atau di simpan dalam bentuk file JPEG di dalam komputer atau telefon pintar.

    Kesimpulannya, medium-medium penerbitan komik ini juga memiliki kelemahan-masing-masing. Namun bergantung kepada pengkarya untuk memilih cara tersendiri dalam menyampaikan cerita mereka. Pengkarya harus keluar dari kepompong demi menjadi seorang artist yang lebih berinformasi dan tahu menjana pendapatan menggunakan medium komik.

0 Komentar Berani:

Post a Comment