20 July 2020

Rumah Kartun Dan Komik Malaysia (RKKM)

     Ekspedisi kali ini kita akan sama-sama menyelusuri suatu tempat yang menarik di Kuala Lumpur, Hollo-G ingin berkongsi dengan anda satu tempat yang menarik yang wajib di datangi oleh pemain industri Kartun dan Komik di Malaysia. Sesiapa yang ingin mengaku dirinya adalah Kartunis Sejati wajib datang ke sini, bawa sanak-saudara anda agar mereka tahu Industri Kartun dan Komik bukan beshe-beshe. Kartunis Kito dan Kartunis Nana ada laporannya di bawah.


APA ITU RKKM (MCCH) ?
     Rumah Kartun dan Komik Malaysia ialah sebuah organisasi yang mengumpulkan karya-karya lama para Kartunis lagenda dan karya-karya kartunis otai dan kartunis baharu. Fokus RKKM terbina adalah untuk mengiktirafkan karyawan kartun dan komik melalui HARI KARTUNIS MALAYSIA setiap tahun menjelang 1 April. RKKM juga bertindak sebagai Galeri Seni yang mempamerkan sejarah kartun dan komik di Malaysia. Menyimpan semua lukisan-lukisan original dari pengkarya suatu ketika dahulu sehingga kini. Atas kesedaran beberapa orang kartunis yang telah lama ingin mewujudkan sebuah hub kartun tempatan. Akhirnya berjaya direalisasikan penubuhannya pada 1 April 2017, kira-kira dalam 3 tahun yang lalu.


     RKKM menjadi sebuah pusat acara utama bagi penggiat kartun Malaysia berkumpul dari serata negeri di Malaysia jika ada majlis yang diadakan di sana. RKKM banyak menyediakan info sejarah kartun dari kartunis-kartunis lagenda bermula seawal 1920an suatu ketika dahulu dan juga turut mempromosikan kartun-kartun terkini dengan persembahan gaya terkini.

     Bagi anak-anak terutamanya pelapis baharu yang cenderung berminat untuk berlajar berkenaan dengan kartun dan komik. Di sini ada menyediakan tempat untuk mereka berlajar melukis kartun dan komik. Jika anda berminat untuk hantar anak-anak anda ke sini, bolehlah hubungi Tuan Tazidi (Sifu) yang mengurus dan mengajar anak-anak anda di talian 0126670620 (Klik Link nombor untuk terus ke capaian whatsapp.)



     Tuan Kartunis Tazidi (Sifu) ialah salah seorang  mengendalikan bengkel Melukis Kartun dan Komik yang selalu diadakan pada setiap bulan empat kali kelas sahaja. Kelas diadakan setiap Sabtu atau Ahad, anda mestilah membuat temujanji terlebih dahulu dan memilih salah satu hari dengan Tuan Kartunis Tazidi. Harga bengkel melukis untuk pendaftaran kali pertama ialah RM130 sahaja. Selepas itu untuk bulan seterusnya RM100 sebulan.


     Banyak khazanah-khazanah sejarah industri kartun dan komik terkumpul di sini. Bagi para kartunis terutamanya pelapis baharu yang ingin mengetahui sejarah kartun dan komik terbentuk di Malaysia. Tuan Tazidi dan Tuan Pauh akan memberikan penerangan sejarah-sejarah pekartunan di Malaysia tanah airku yang tercinta.


     Bagi sesiapa yang tidak tahu dimana jalan untuk ke Rumah Kartun Dan Komik Malaysia, kami sediakan anda Google Map untuk terus ke Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Dibuka setiap hari Selasa hingga Khamis pada 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala Sabtu dan Ahad 9.30 pagi hingga 6.00 petang dibuka. RKKM tidak beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat,  kecuali atas permintaan temujanji oleh mana-mana organisasi atau pusat pengajian yang ingin datang pada hari itu untuk sesuatu program yang mereka anjurkan.


     Inilah rupa bentuk Galeri Kartun dan Komik yang berada di tengah-tengah kota raya di Kuala Lumpur. Jika tiada siapa yang menjaga khazanah berharga ini, kepada siapa lagi kita ingin harapkan? Kita seronok banggakan industri luar negara yang nampak gah di mata kita, seperti kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Sedangkan industri kartun dan komik di luar negara berusaha mempromosi negara mereka sendiri dari mempromosi negara kita ke persada dunia. Kita harus melakukan beberapa anjakan paradikma untuk mempromosi industri kartun dan komik tanah air bersungguh-sungguh.

     Kita tidak nampak usaha kartunis tempatan berusaha keras membangunkan sebuah legasi untuk anak-anak pelapis kita bangga akan kewujudan dan perkembangan industri di negara kita sendiri. Kartunis-kartunis otai sentiasa bergerak secara sukarelawan untuk mewarnai industri kartun dan komik tanah air demi menjaga khazanah ini untuk di sampaikan kepada generasi penyambung seterusnya kelak. Marilah sama-sama kita semua berusaha untuk menaikkan industri Kartun dan Komik di Malaysia ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ditemui dalam Majlis Perasmian Pameran Kartun 'Kartunis vs Covid-19' di Rumah Kartun dan Komik Malaysia di Taman Botani Perdana hari Jumaat 26 Jun 2020 yang lalu. Sekian laporan aktiviti kami di Rumah Kartun dan Komik Malaysia.

Laporan Khas Daripada :
Kartunis Kito

Ringkasan Rumah Kartun Dan Komik Malaysia (RKKM)
Alamat :
Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Malaysia.

Waktu Operasi :
Dibuka setiap
Selasa hingga khamis
10.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu dan Ahad
9.30 pagi - 6.00 petang

Ditutup setiap
Isnin dan Jumaat
*kecuali atas tempahan oleh organisasi yang ingin buat lawatan.

Link ke capaian Rumah Kartun dan Komik Malaysia

Website : -

Facebook Page : https://www.facebook.com/rumahkartundankomikmalaysia

Instagram : https://www.instagram.com/rumahkartundankomikmalaysia/

Twitter : -

     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, hari ini Hollo-G ingin buat soalan kaji selidik berkenaan Kecenderungan Pembaca Komik Untuk Membaca Komik Di Tahun 2020. Mohon kepada semua untuk menjawab kesemua 16 soalan yang disediakan secara jujur. Mungkin borang kaji selidik ini tidak berguna bagi anda. Tetapi ia amat berguna kepada kartunis berstatuskan usahawan, penerbit,penulis yang memerlukan isi kandungan isu-isu semasa dan juga para Pelabur sudi untuk berikan Geran Perniagaan.

     Mengapa ianya sangat penting bagi mereka ini? Di dalam perjalanan bisnes, kajian ini perlu dijalankan ke atas sesebuah projek supaya kita dapat mensasarkan unjuran yang tepat dan mampan untuk sesuatu projek boleh dilaksanakan. Ini juga bagi menyakinkan kepada Usahawan terutamanya Kartunis yang menjalankan perniagaan menggunakan kartun dan komik mendapat kajian yang bagus untuk dimasukkan ke dalam proposal persembahan bisnes mereka untuk mendapatkan sesuatu geran untuk bisnes.

     Kami amat memerlukan sekurang-kurangnya 500-1000 responden untuk menjawab soalan kaji selidik ini agar kelak kami dapat berkongsi pandangan kami di website www.komikbiz.com dan membuat hipotesis dan kesimpulan daripada hasil yang di terima. Anda juga turut dapat manfaat daripada hasil soal kaji selidik ini dalam berkarya.

     Mohon bantuan daripada penggiat seni untuk membantu kami berkongsi dan menyebarkan link borang kaji selidik ini kepada rakan-rakan anda. Kami akan membuat beberapa perkongsian pada artikel website ini selepas mencapai target bilangan orang yang mengisi borang ini dan merumuskan satu kesimpulan agar kita sebagai pelukis komik boleh membuat cerita yang menarik mengikut kehendak keboleh pasaran sesuatu komik.

Jika anda mengalami beberapa kesukaran ketika mengisi borang ini sila rujuk masalah di bawah agar kami dapat menyelesaikan dengan baik. :

  1. Tidak dapat mengisi, borang meminta alamat email dan pasword. - Ini disebabkan anda belum Sign In email anda yang utama ke paparan Google.
  2. Borang ini sesuai di isi menggunakan komputer. Jika anda menggunakan mobile atau telefon pintar, sila isi menggunakan link ini https://forms.gle/PVEFUcb9FgePoseL7
  3. Setiap soalan harus di isi, jika tidak borang sukar di submit.
       Terima kasih dari pihak Komik Biz ucapkan kerana sudi menjawab soalan kaji selidik ini. Borang ini akan membantu pihak kami untuk mencipta kelainan di dalam industri penerbitan buku untuk mewarnai industri kartun dan komik kita. Jawapan anda sangat-sangat bernilai untuk kami jadikan rujukan kajian terkini. Insya Allah.

18 July 2020

Iklan Servis Lukisan


     Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Hollo-G ada berita baik buat para pengkarya sekalian terutamanya kepada Pelukis. Hollo-G sangat berbesar hati untuk menjemput anda yang menjalankan perniagaan servis melukis untuk turut serta dalam program PERCUMA yang dijalankan oleh kami. Program ini dinamakan sebagai program Iklan Servis Lukisan. Dimana semua pelukis amat di alu-alukan untuk SERTAI GROUP ini. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan untuk menyertai group ini. Kecuali anda mempunyai SSM dan ingin menyertai PROGRAM KOLABORASI di bawah status PEKERJAAN SAMBILAN.

     Apa yang menarik di dalam Komuniti ini adalah kami meletakkan iklan di bar sisi kanan kepada para pelanggan kami yang ingin mencari pelukis untuk projek mereka. Iklan yang di sediakan apabila diklik akan terus ke capaian pautan FORUM KOMIK BIZ. Khas buat ahli yang sertai secara percuma anda bebas untuk membuat perkongsian perniagaan anda di sini tanpa perlu risau daripada di Ban oleh admin kerana kami mencipta group ini khas untuk pengiklanan servis anda.

     Istimewa buat ahli, forum ini dibina sebagai kolam rezeki kepada anda. Tidak semestinya ikan akan dapat secara terus menerus. Di sini ibarat kita sedang memancing ikan di lautan yang luas. Oleh itu, iklan yang menarik pelanggan adalah umpan penyampaian ayat copywriting terbaik, susunan reka bentuk grafik yang terbaik, dan cara anda melayan pelanggan anda dengan baik. Kami juga akan berkongsi tips-tips bagaimana untuk menjadi Pelukis Usahawan yang terbaik di dalam Website ini.

     Forum Komik Biz adalah seperti group-group melukis yang lain. Di sini agak ketat undang-undang yang anda harus ikuti. :
  1. Anda tidak dibenarkan menerbitkan posting berkaitan hasil W.I.P, lukisan, dan juga berkongsi berkaitan hasil kerja anda di sini. Kecuali anda menyiarkan hasil lukisan yang terbaik sudah siap berserta harga yang anda tawarkan di tepi lukisan anda berserta dengan Telefon Whatsapp, instagram, dan blog anda. Sangat berbeza bukan?
  2. Setiap posting yang anda ingin siarkan haruslah mengikut kategori Topik yang kami telah sediakan tagnya di dalam group tersebut. Antara tag yang di sediakan adalah Segmen Pengenalan Diri Dan Perniagaan, Mentor Mente, Jual dan Beli, Perkongsian Pendapat, Perkongsian Pengalaman, dan Iklankan Bisnes.
  3. Boleh mengajukan soalan yang berkaitan pada siaran posting Penerbit Posting tersebut.
  4.  Untuk maklumat lebih lanjut boleh lihat Syarat menyertai Forum Komik Biz.
1. Disini saya ingin memberitahu cara-cara bagaimana untuk cipta posting menggunakan Topik Segmen yang ingin diciptakan. Pertama sekali Klik Pautan Perbincangan.

2. Klik pautan topik SEGMEN yang anda inginkan untuk menerbitkan penulisan anda.

3. Klik pada "Apakah yang anda ingin siarkan?

4. Tulis apa yang anda ingin kongsikan kepada kami di sini.

     Okaylah, sampai di sini sahaja penulisan saya. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya ini. Semoga dipermudahkan segala urusan anda semua. Harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Makna dan Definisi Karyawan

     Hari ini Hollo-G ingin berkongsi sedikit tentang makna dan definisi beberapa perkataan yang merujuk kepada seorang  Karyawan yang menjalankan aktiviti melakar,melukis dan mewarna. Moga-moga kita semua dapat memahami lebih jelas tentang tugas-tugas mereka yang berada di dalam bidang yang dinyatakan. Hollo-G akan berkongsi tentang nama dan peranan Karyawan, Seniman, Artis, Kartunis, Pelukis,

1. ARTIST

     Artis merujuk kepada seseorang yang kreatif, atau inovatif, atau mahir dalam sesuatu bidang seni. Ahli sejarah seni dan pengkritik seni mendefinisikan artis sebagai seseorang yang menghasilkan seni dalam batas-batas yang diakui. Istilah artis telah digunakan seawal tahun 1980-an untuk menggantikan istilah seniman dan seniwati kerana ia lebih menarik dan megikut peredaran zaman. Perkataan artis diambil dari Bahasa Inggeris (Artist) yang bermaksud Seniman. Terdapat pelbagai jenis artis. Antaranya ialah pelakon, penari, penyanyi/pemuzik dan pelukis.

Rujukan Link : https://ms.wikipedia.org/wiki/Artis

2. PELUKIS

     Melukis ialah suatu seni tampak yang menggunakan alat lukis untuk membuat garisan/gambar pada medium dua dimensi. Alat biasa termasuklah grafit, pensel, pen dan dakwat, berus dakwat, pensel warna lilin, krayon, arang, kapur tulis, pastel, penanda, stilus, atau pelbagai logam seperti silverpoint. ARTIS atau INDIVIDU yang berkarya melukis ini dipanggil PELUKIS manakala hasilnya dipanggil LUKISAN.

[se.ni.man] سنيمن , definisi Seniman merujuk kepada seorang yang mencipta sesuatu hasil seni seperti pelukis, penyair. Bintang filem lelaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

3. SENIMAN

     Seniman adalah istilah subjektif yang merujuk kepada seseorang yang kreatif, inovatif, atau mahir dalam bidang seni. Penggunaan yang paling kerap adalah untuk menyebut orang-orang yang menciptakan karya seni, seperti lukisan, patung, seni peran, seni tari, kesusasteraan, filem dan musik. Seniman menggunakan imaginasi dan bakatnya untuk menciptakan karya dengan bernilai estetik. Ahli sejarah seni dan kritikus seni mendefinisikan seniman sebagai seseorang yang menghasilkan seni dalam batas-batas yang diakui.

Rujukan Link : https://id.wikipedia.org/wiki/Seniman

4. KARTUNIS

     Kartunis atau pelukis kartun adalah orang yang melukis kartun. Karya kartunis lebih mempertengahkan jenaka terutama untuk tujuan hiburan. Banyak melukis kartun dari berbagai panel tunggal dan diterbitkan di media cetak daripada pelbagai jenis, contohnya, di majalah seperti majalah Gila-Gila, majalah Ujang, Apo?, Gempak dan Utopia.

     Kartunis boleh bekerja dalam pelbagai format: kartun editorial, komik, buku komik, novel grafik atau animasi. Secara tradisinya kartunis menghasilkan lakaran kasar kepada gambar pensil yang telah siap dan kemudian menyelesaikan karya seni dengan menggunakan dakwat pen hitam atau menggunakan berus. Hari ini, kartunis semakin banyak bekerja di media digital.

     Istilah kartunis datang daripada perkataan Inggeris, cartoonist yang bermaksud pelukis kartun. Selain kartunis, istilah pelukis komik turut digunakan. Istilah 'pelukis komik' selalunya digunakan untuk mereka yang mengkaryakan komik.


5. MANGAKA

     Mangaka (漫画家) adalah perkataan Jepun untuk artis komik atau kartunis. Di luar Jepun, manga biasanya dirujuk sebagai buku komik Jepun dan mangaka dirujuk sebagai pencipta sesuatu manga, dimana dia seorang warga Jepun.

     Seorang mangaka akan bangkit menjadi terkenal melalui pengiktirafan keupayaan mereka apabila mereka mencetuskan minat institusi, individu atau demografi pengguna manga. Sebagai contoh, terdapat pertandingan yang bakal mangaka boleh masuk, yang ditaja oleh editor manga dan penerbit. Mereka juga diiktiraf bagi bilangan manga mereka berjalan pada satu-satu masa.