Seperti yang anda sedia maklum, kajian yang telah kami lakukan ini tidak memberangsangkan kami kerana hanya 66 responder sahaja yang mengambil bahagian. Rata-rata responder 99% adalah daripada Semenanjung Malaysia, 1% lagi adalah dari luar negara Malaysia. Jumlah bilangan lelaki adalah 72.6% adalah lelaki, manakala 27.4% adalah wanita. Boleh dikatakan pembaca yang mengambil bahagian adalah dalam lingkungan 18 tahun hingga ke 50 tahun. Julat 3 kategori umur yang kami kongsikan di sini ialah yang lahir pada tahun 1993, 1987 dan 1977 adalah golongan pembaca yang ramai membaca dan rata-rata adalah bangsa Melayu.
Di sini kita boleh simpulkan bahawa julat umur pembaca generasi X dan Y dari umur 27 Tahun (1993) sehingga 43 Tahun (1977) adalah target audience yang terbaik untuk ditujukan dalam marketing. Melihat pada zaman itu, ianya adalah zaman kegemilangan kartun dan komik suatu ketika dahulu. Zaman dimana industri ini tengah maju ke atas. Untuk menarik minat pembaca generasi X dan Y ini, kita sebagai pelukis perlu memulakan balik memori zaman suatu ketika dahulu.
Pelukis generasi Z mungkin tidak dapat menggambarkan kenangan yang dilalui oleh generasi X dan Y kerana suatu ketika dahulu zaman yang agak nostalgia bagi para penggiat mengusahakan sesuatu yang bermakna untuk disematkan kepada zaman mereka. Kini generasi Z dipenuhi oleh persembahan dalam bentuk digital iaitu webcomic, webtoon, instagram, twitter, facebook page dan pelbagai lagi medium bacaan yang tidak dapat dirasai kesan nostalgia itu.
Bagi generasi X dan Y, mereka masih lagi menyayangi penerbitan fizikal iaitu dalam bentuk buku. Mungkin gadget media digital agak sukar untuk di adaptasikan kepada jiwa-jiwa sentimental pembaca-pembaca generasi X dan Y. Melainkan kita sebagai artis pelukis kartun atau komik membuat pembaharuan yang membawa kepada ingatan zaman mereka kembali. Ini kami akan kongsikan dengan anda dengan info-info seterusnya dalam Part 2. Kami akan berkongsi data yang kami dapat untuk anda semua. Jumpa lagi pada posting akan datang. Insya Allah. Assalamualaikum.
Penulis : Ki To Sia
0 Komentar Berani:
Post a Comment