Tuan Mohd Fikri Bin Azman, 29 (2022) dikenali sebagai Kartunis Ki To Sia. Selaku Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) dan Pengasas Komik Biz Studio. Dilahirkan di Hospital Alor Setar pada 29 Januari 1993 dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. Beliau mula melukis pada usia 3 tahun, sudah berkecimpung di dalam industri seni sejak berumur 16 tahun dan menjana pendapatan ketika di bangku sekolah lagi dengan mengambil upah mewarna mural di sekolah dan di tadika, serta mengambil perkhidmatan melukis potret pada ketika itu ke atas cikgu sekolah. Pernah menjuarai tempat terbaik pelbagai pertandingan di sekolah dan juga selepas sekolah pula pernah memenangi tempat ke-3 Pertandingan Bakat Melukis Kartun Merdeka 2010, dan memenangi tempat ke-1.
Pertandingan Melukis Kartun 1 Malaysia 2012. Pernah menjadi editor Majalah Komik Niaga pada umur 19 tahun di Danau Kota, Kuala Lumpur. Selepas Tamat SPM, beliau meneruskan impiannya ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang kartunis di sana.
Seorang bekas pelatih GIATMARA Kota Raja pada tahun 2014 yang lalu dan mengambil jurusan Multimedia Animasi 3D. Selepas tamat Latihan Industri, beliau meneruskan kariernya sebagai grafik designer di beberapa kedai percetakan selama beberapa tahun dan pada waktu cuti beliau menghabiskan masa dengan pergi ke majlis atau pesta buku dan berkarikatur secara langsung bersama-sama peminatnya. Juga pernah menghantar karya di Majalah Komik Niaga dan Majalah Fuyyoo!, menjadi seorang illustrator di majalah kanak-kanak TIK TOK. Pada 2016 beliau telah membuat keputusan yang besar untuk berhenti bekerja dan memulakan karier baharunya dengan menghasilkan produk dan servis rawatan alternatif sehinggalah beliau berkahwin dengan rakan yang di kenali dalam media sosial Facebook pada 18 Januari 2019 yang lalu. Pada tahun 1 Januari 2020, beliau kembali ke dalam industri Kartun & Komik yang dicintai sejak dari sekolah lagi. Kini pada tahun 2022 beliau sudah memiliki beberapa ahli pasukan yang membantu untuk memudahkan urusannya.
- Download Curiculum Vitae Kartunis Kitosia
0 Komentar Berani:
Post a Comment