05 January 2022

KETUA PEGAWAI KREATIF | PENGARAH SENI

     Puan Farah Farhana Binti Ahmad Nahar 28, (2022) dikenali sebagai Kartunis Nana. Selaku Ketua Pegawai Kreatif yang menjadi tulang belakang kolaborasi dengan suaminya Kartunis Ki To Sia sejak berkahwin pada 3 tahun lepas. Dilahirkan di Hospital Seremban pada 3 Disember 1993 dan di besarkan di Senawang, Seremban Negeri Sembilan. Beliau juga adalah pengasas dan pengarah urusan untuk perniagaannya Nana Art Studios. Beliau juga mula melukis sejak kecil lagi ketika usia 4 tahun ketika melihat ayahnya melukis sebuah potret. Ayah beliau merupakan seorang bekas pelajar fine art dan jugak bekas graphic designer dan kini menjadi seorang artis abstract painting. Selain menunjukkan minat dalam bidang melukis, beliau mula menunjukkan minat dalam menjual beli karya sejak darjah 3. 

     Pernah menjana pendapatan di usia muda dengan menual lukisan manga, membuat sewaan komik yang dilukis olehnya, menjual alat tulis kepada pelajar sekolah ketika di bangku sekolah. Pernah memenangi hadiah saguhati pertandingan fotografi peringkat negeri, menang saguhati pertandingan fotografi di waktu zaman ijazahnya di universiti dan juga pernah menerima anugerah Prestasi Terbaik dalam bidang usahawan industri kartun dan komik. Kartunis Na Na merupakan alumnai dalam bidang jurusan Diploma Grafik Design, dan Ijazah Sarjana Muda. Beliau banyak menghasilkan karya catan ketika berlajar di Universiti.

Sebelum bekerja atas nama syarikat sendiri dan sebelum berkolaborasi dengan syarikat Komik Biz, beliau pernah berkerja dalam bidang animasi 2d dengan memegang jawatan sebagai layout artist selama hampir 2 tahun dan beliau pernah membuat bisnes coklat selama hampir 4 tahun. Dari pengalaman berniaga produk coklat sendiri, beliau mula belajar tentang marketing, advertising, design dan packaging. Beliau juga berpengalaman dalam bidang mengurus agent dan juga mencari tapak berkarya di booth untuk majlis kepada karikaturis - karikaturis yang lain.

     Mula berkecimpung secara serius di dalam industri Kartun & Komik pada tahun 2019 secara paksa rela oleh suaminya dalam bidang berkarikatur di Tesco Shah Alam, majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak MSU Shah Alam dan Pesta buku. Suaminya yang mendidiknya untuk fokus dalam impian. Kini beliau banyak mengambil servis melukis potret, karikatur, kartun dan melahirkan pelapis baru dalam industri. Juga memiliki pasukan sokongan yang membantunya untuk melajukan kerja-kerja kreatif. Pada tahun 1 Januari 2021, beliau telah mencabar dirinya untuk masuk ke pusat latihan GIATMARA di Kota Raja, Shah Alam Selangor. Mengambil bidang 3D Animasi sama seperti suaminya. Untuk menambah skill untuk keperluan projek-projek yang akan kami uruskan lebih kepada projek-projek animasi. 
  • Download Curiculum Vitae Kartunis Nana

0 Komentar Berani:

Post a Comment