04 July 2023

 

     Isu yang kadangkala remeh tetapi ianya adalah masalah besar bagi sesuatu individu yang ingin maju berjaya sukar untuk menjalani harian mereka disebabkan oleh gangguan-gangguan masalah yang telah dianggap remeh. Siapa lagi yang menanggung risiko besar kalau bukan usahawan terutamanya artis.

     Persoalannya, betulkah mereka yakni pelukis yang cuba untuk jadikan produk OCIP artis lain mendapat untung sedikit? Di atas admin telah berkongsi rajah Diagram singkatan untuk kita lebih memahami apakah masalah yang di hadapi oleh pemilik asal karekter yang cuba untuk berjaya dalam karier mereka sebagai usahawan.

     Ramai yang tidak nampak, sebagai pemilik asal karekter sebenarnya ada impak negatif yang akan terpalit dari hasil jualan yang berlaku asbab masalah-masalah yang dianggap remeh ini. Antaranya ialah, jika kita ketahui rata-rata pemilik OCIP sebenarnya tidak mahupun orang lain mengambil kesempatan terhadap produk mereka melalui jualan langsung di tapak niaga, bahkan jualan secara atas talian.

     Justeru anda harus ketahui, di zaman sekarang ramai auditor yang memantau syarikat-syarikat mereka secara atas talian. Apabila ada pihak terbabit yang tidak bertanggungjawab menghasilkan produk tanpa pengetahuan pemilik asal pelukis. Ianya lantas mengganggu gugat orang yang mengaudit melalui pantauan secara online. Perkara ini akan menyebabkan audit menjadi salah lalu akan menyebabkan masalah besar untuk pemilik IP untuk bayar wang kepada pihak audit.

     Kesamaran yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan syarikat atau perniagaan pemilik IP asal menjadi bankrapsi kerana audit yang mereka lakukan menjadi salah dan perlu dicari dimanakah ketirisan berlaku. Jika anda ingin tahu, syarikat besar seperti HoYoverse juga meminta para penjual untuk mengisytiharkan hasil jualan mereka jika sudah sampai ke 500 unit jualan. Mengapa perlu mengisi borang jika berlakunya jualan?

     Inilah yang ramai artis terlepas pandang, dalam dunia bisnes anda harus tahu syarikat besar ini dipantau oleh unit audit untuk syarikat mereka. Mereka juga perlu bayarkan cukai untuk kerajaan mereka. Mereka harus tahu jumlah jualan dan mempersembahkan individu yang membuat jualan, supaya unit audit tersebut boleh memantau jualan mereka di mana. Mereka akan selamat daripada masalah untuk membayar cukai.

     Disini anda harus mengerti, sikap pegawai audit yang mereka mahu adalah untuk usahawan itu bayar cukai sahaja. Inilah perkara yang di anggap remeh tetapi sebenarnya menjadi masalah kepada pemilik IP. Kerana inilah banyak syarikat lain tidak membenarkan sewenang-wenangnya IP mereka digunakan secara haram.

     Kesimpulannya, artis harus tahu apabila anda menjana pendapatan secara freelancer sebenarnya anda sedang melakukan bisnes dimana ianya perlu ke laluan yang benar. Kita mungkin rasa kita hebat dan gah kerana kita rasa apa yang kita buat sudah betul. Tetapi pada masa yang sama kita sedang menggugatkan ekosistem syarikat-syarikat besar. Oleh itu, suka untuk admin sarankan kepada artis berlajarlah dan ikutilah kelas keusahawanan. Anda akan semakin cerdik dan buka mata bagaimana industri sebenar bermain.

0 Komentar Berani:

Post a Comment