Sehingga satu tahap nanti, komik akan jadi bahan marketing sesuatu produk sama seperti akaun sosial yang lain. Sama ada marketing produk pelanggan, atau marketing produk branding artis itu sendiri. Apabila ini berlaku, nescaya jumlah percetakan buku akan semakin hilang pembelinya. Maka, persediaan untuk menghadapinya adalah artis haruslah mencipta branding produk yang kukuh untuk maju ke peringkat seterusnya.
Di dalam peringkat untuk menjadi seorang usahawan artis, pastinya akan ramai artis baru akan muncul yang suka melihat hasil karya kita, lalu mereka sudah pasti akan menggunakan karya kita untuk menghasilkan lukisan yang menarik. Tidak salah untuk menggunakan OCIP orang lain untuk menunjukkan anda menghargai karekter pelukis lain. Tetapi kita sebagai artis yang baharu harus peka dengan terma dan syarat hak cipta yang dibenarkan oleh pihak pemilik.
Rata-rata artis yang sudah lama mengetahui akan akta hak cipta. Artis baharu harus mengambil tahu had yang dibenarkan kerana sejak akhir-akhir ini semakin banyak pesta-pesta jualan yang berkaitan "Anime and Game Malaysia" (AGM) dianjurkan oleh pihak penganjur. Akan datang sudah pasti akan semakin banyak juga pesta jualan yang berkaitan AGM ini tidak lagi dikenakan yuran untuk masuk ke Mall.
Kita akan melihat semakin ramai artis yang akan menggunakan platform ini untuk menjual barang-barang cenderamata, pakaian dan lain-lain produk yang mereka boleh hasilkan menggunakan hasil lukisan mereka. Tidak salah untuk menggunakan hasil lukisan mereka sendiri untuk dijual di tapak pesta. Menjadi satu kesalahan apabila kita menghasilkan lukisan lalu kita menggunakan Harta Intelek daripada artis lain untuk dijual di tapak jualan. Rujukan lanjut sila klik perkataan Akta Hak Cipta . Mana-mana artis yang menjual hasil Fanart ianya adalah satu kesalahan.
Mereka yakni artis-artis muda mungkin tidak mendapat pendedahan dan info yang secukupnya daripada pihak artis yang lebih berpengalaman. Jika kita abaikan perkara yang tidak BERETIKA ini, akan lahir ramai artis yang mengambil kesempatan menjual barangan atau produk sesuatu syarikat dengan rakusnya. Lantas, untuk memberi ilmu dan pendedahan perlu diperkuatkan oleh pemain industri kerana akan datang penjualan produk-produk akan menjadi relevan kepada pemilik "Original Character Intelectual Properties" (OCIP). Kita harus wujudkan suasana persaingan yang sihat di dalam industri, jika tidak kita mulakan dari akar umbi. Siapa lagi yang bakal menaikkan industri.
Apabila ramai artis sedar akan menjaga hak cipta hasil karya sendiri itu lebih penting daripada menggunakan hak cipta orang lain lalu jadikan ia sumber mata pencarian yang haram untuk diri kita. Maka persaingan dalam industri akan menjadi bersih dan sihat kerana amaran dan ilmu ini dipraktikkan di dalam komuniti. Pemilik OCIP juga boleh bersaing dengan tenang dan mendapat keuntungan yang lebih daripada hasil jualan mereka menggunakan hasil karya mereka sendiri.
Semakin banyak artis yang menggunakan medium penyampaian karya komik secara online di media sosial. Ini menandakan bahawa komik ialah satu medium marketing untuk sesuatu propaganda yang mahu artis sampaikan. Sama ada melalui membantu memarketingkan produk syarikat lain, atau memarketingkan produk daripada brand artis itu sendiri.
Kesimpulannya, kepada artis baharu, untuk ke peringkat seterusnya artis sendiri haruslah berlajar ilmu keusahawanan, dan mengetahui ilmu-ilmu hak cipta ini dengan lebih mendalam. Ini akan menaikkan nilai identiti karya anda ke peringkat yang lebih besar. Artis akan semakin nampak nilai tambah di dalam mempersembahkan branding produk mereka sendiri. Justeru mereka akan lebih berintregiti dalam beretika menjadi seorang pemain industri yang berwawasan.
0 Komentar Berani:
Post a Comment