A. MOTO, MISI & VISI

Moto :
"Bersatu Sebarkan Manfaat."

Misi :
  1. Mendidik serta membimbing pelapis-pelapis baru menceburi diri dalam bidang Seni dan Komik dengan lebih mendalam.
  2. Mencungkil bakat terpendam dan mengasah kemahiran ke tahap profesional.
  3. Mendorong arah tuju individu ke arah kepakaran yang mereka mahir.
  4. Berusaha menaikkan industri Seni Kartun dan Komik ke peringkat antarabangsa.
  5. Melahirkan pelapis industri yang bermotivasi dan bermindakan usahawan.
  6. Memupuk semangat cintakan hasil karya dari Karyawan Tempatan.
Visi
Melahirkan lebih banyak karyawan-karyawan berjiwa seni yang berkualiti tinggi, berdaya saing dan meningkatkan mutu professionalism dalam bidang ke arah menjadi karyawan berfikiran usahawan.

B. PENGENALAN KOMIK BIZ STUDIO

     Komik Biz Studio 2020003012682 (SA 0539502-T) Adalah sebuah projek perniagaan baharu yang menjalankan aktiviti kempen Iklan Kesedaran menggunakan medium Komik dan Penceritaan. Ditubuhkan pada 2 Januari 2020 pada tahun ini dengan gabungan dua patah perkataan iaitu Komik dan Bisnes. Komik Biz telah di daftarkan perniagaan pada 13 Januari 2020. Namun konsep idea ini telah lama wujud ketika tahun 2017 yang lalu. Komik Biz melalui 3 Fasa perubahan rebranding dan telah lama memulakan perjalanan bisnes sejak 10 Ogos 2017 dengan nama branding dan nama syarikat yang lain.



     Walaupun Jenama Komik Biz ini masih segar. Pengasas Komik Biz telah lama di dalam industri dan wujud di tengah-tengah karyawan Malaysia selama 8 tahun. Siapakah pemilik Komik Biz, tidaklah penting untuk anda ketahui. Beliau inginkan pembaharuan dalam industri Komik dan kartun Malaysia. Oleh kerana produk pembacaan secara fizikal mengalami kejatuhan yang teruk pada 5 tahun yang lalu. Kami cuba untuk memberi nafas baharu dengan konsep terkini yang lebih segar.

C. FOKUS PERKHIDMATAN KAMI :

1. Konsultansi
-Membantu pelapis baharu industri dan pemilik bisnes dalam penjenamaan.
  1. Konsultansi (Branding)
  2. Speaker (Keusahawanan)
  3. Trainer (Tutor Kemahiran Melukis)
2. Servis Kreatif
-Penjenamaan semula perniagaan produk atau servis.
  1. Grafik Design
  2. Karikatur Branding
  3. Illustrator
  4. Fotografi Produk
  5. Video Produk
3.Pengiklanan Dari Kartun dan Komik
(Servis pengiklanan untuk perniagaan)
  1. E-Book Majalah Komik Biz (Platform Download)
  2. Komik Interaktif (Platform Youtube)
  3. Web Komik (Platform Website)
4.Jualan Buku dan Produk Fizikal
(Khas untuk peminat atau pembaca Kartun dan Komik)
  1. Majalah Komik Biz
  2. Marchandising
  3. T-Shirt Ekslusif
  4. Komik Kompilasi Artist
D. KUMPULAN SASARAN
-Kami memberi fokus utama untuk kumpulan sasaran di bawah untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang pentingnya ilmu Keusahawanan dalam kemahiran.

  1. Pelapis Pelukis Kartun dan Komik
  2. Pelajar Sekolah, Universiti IPTA/IPTS.
  3. Industri Kecil dan Sederhana
  4. Usahawan Micro
     Akhir sekali, terima kasih kepada semua para pembaca tidak kira anda adalah penggiat seni, usahawan, peniaga, penjual produk, servis dan peminat seni tanah air yang sudi melawat situs kami. Marilah sama-sama kita berkerja keras untuk mengekalkan industri yang kita minati ini dengan apa jua cara sekali pun. Ini adalah pengorbanan kami untuk anda para penggiat Seni Komik Tanah Air.

Majulah Industri Kartun & Komik Untuk Negara!

Yang Benar,
Hollo-G

0 Komentar Berani:

Post a Comment